Thursday, April 7, 2011

:: some luahan to share ::

well, yeah..banyak perbezaan dulu dengan sekarang..terlalu banyak.. kadang2 aku seronok dan bersyukur kepada Allah memberi aku nikmat keseronokkan,tetapi kadang2 aku sedih,tapi aku masih bersyukur kepada Allah kerana memberi aku nikmat merasa sedih. Allah itu Maha Adil. Dia memberi kita rasa kedua2 perasaan itu.. syukur alhamdulillah..

Allah SWT telah memberi satu ruang yang aku sendiri tak tahu macamana bersyukurnya aku kepadaNya..mungkin pintu taubat itu sudah terbuka dalam hati aku."Ya Allah,kuatkanlah imanku padaMu,sesungguhnya syaitan itu sentiasa menguji umatmu untuk melupakanMu." orang sekeliling ada yg bertanya dekat aku "emi,dah bertaubat ke? kenapa lately nie tgok mcm dah berubah?baca buku2 yang lebih kearah keislaman?" aku tak rasa ini soalan yang pelik sebab aku sendiri pernah bertanya soalan yang sama pada2 orang2 lain yg dah berubah dimata aku and aku sendiri bertanya pada diri aku sendiri "aku dah berubah ke?" tapi aku cuma jawab dengan satu senyuman. mungkin benar apa yang orang lihat,tapi aku tetap aku.aku tetap seperti aku yang orang penah kenal.

ade juga certain people yang segan dengan aku(orang yg terlalu rapat dengan aku) subhanallah, sape aje aku yg nak disegankan..aku juga manusia biasa macam orang lain.hehehehe..tak perlu nak segan untuk buat atau lakukan apa yang datang dari diri sendiri. jangan hipokrit.aku takkan pandang serong dekat mereka sebab aku tau,aku dulu adalah seperti mereka.mengapa kita perlu menghukum mereka dengan memandang serong?salah 1 tanda orang-orang munafik yg memandang rendah kepada umatnya sendiri sedangkan diri sendiri berperangai yg sama dahulu?aku juga manusia biasa yg tak lari dari keburukkan dan kesilapan..nauzubillah.

ade yang tanya"emi,sejak bila ko jadi macamnie?" skali lagi aku jawab dengan senyuman..dan dengan happynya aku jawab"its time for me.." mungkin orang akan paham maksud aku. and aku cuma akan cakap ini masa aku dan InsyaAllah,Allah akan bagi "masa emas" ini pada semua umatNya.. Ya Allah,itu yang aku selalu doakan untuk semua orang di sekeliling aku.setiap kali sesudah solat.terasa beharga sangat bila doa termakbul.. apapon,jangan paksa diri kalau hati kita still tak ready.mulakan slow2, jangan lupa berdoa kepadaNya. doa bukan saje selepas solat,tapi setiap masa kita boleh berdoa dan Allah akan mendengar. honestly to all my friends, aku bukan sorang yg mengerjakan solat dulu. tapi aku sering berdoa kepadaNya "Ya Allah,bukakanlah pintu hatiku yg terlalu rapat tertutup untukMu. Sesungguhnya aku telah melupakanMu sebagai Tuhanku,melupakan Nabi serta agamaku. subhanaallah, aku terima apa sahaja balasanku,tetapi buka kan lah pintu hatiku.sesungguhnya aku tiada tempat mengadu selain diriMu Ya Allah,yang
maha pengampun,Maha Mendengar. "

Alhamdulillah,sedikit demi sedikit Allah buka kan mata,pintu hati aku untuk mendekatkan diri aku kepadaNya. hebatkan kuasa Tuhan? semakin hari aku mendekatkan diri kepada Allah,sampai skarang aku masih belajar cara-cara mendekatkan diri kepada Allah. jangan malu untuk belajar. belajar tak pernah kira usia. InsyaAllah,dari sedikit lama2 jadi bukit.. aku doakan yg terbaik untuk orang2 sekeliling aku.. InsyaAllah..

p/s: sedangkan kanak2 7tahun tahu menghadap Allah yang Esa,mengapa bukan kita?







No comments:

Post a Comment