Tuesday, June 15, 2010

:: tentang perempuan ::


saje surf2,then terjumpa new things to share...check this:-

  • Wanita suka apabila teman lelakinya sentiasa ingat hari-hari penting seperti hari lahir, hari perkenalan kita dengannya dan hari kita declare.
  • Air mata perempuan memiliki kuasa sakti yang luar biasa dan ia digunakan bagi menagih rasa belas ihsan sama ada semasa ditimpa kesusahan ataupun meminta sesuatu yang susah didapati.
  • Wanita sukakan lelaki yang romantik dan sentiasa ingat semasa bersamanya ataupun berjauhan.
  • Wanita suka apabila lelaki selalu memasukkan dia dalam perbualan bersama rakan-rakan dia.
  • Wanita suka apabila lelaki menghargai setiap tindakannya dan mengucapkan terima kasih di atas pertolongan yang dia berikan.
  • Wanita tidak sah jadi wanita apabila dia tidak pandai merajuk (SERIOUSLY IMPORTANT)
  • Wanita tidak suka apabila kekasihnya keluar makan dengan perempuan lain walaupun mereka itu rakan sepejabat.
  • Wanita memang mudah kecil hati. Jika kita sering membuat dia kecil hati, lama-kelamaan wanita boleh hilang hatinya.
  • Wanita kuat cemburu. Oleh itu, buatlah aktiviti yang tidak mengundang sebarang syak wasangka yang buruk semasa kita tidak bersamanya.
  • Wanita kaum yang sensitif. Baik berhati-hati semasa bercakap dengannya.
  • Apabila wanita bersedih, lelaki perlu mendengar luahannya dan jadilah pendengar yang setia. Cuba fahami masalah yang dialami.
  • Lelaki perlu tahu kegemaran atau hobi kekasihnya dan makanan yang disukai. Lakukan aktiviti yang digemari bersama-sama.
  • Pujilah wanita pada masa-masa yang dirasakan perlu. Wanita amat menghargainya.
  • Jangan lupa beli hadiah hari lahir dan ulang tahun perkenalan.
  • Sentiasa pandang wajah pasangan semasa bercakap kepadanya.
  • Wanita cepat jemu. Jadi dia suka berjalan-jalan dan mencari hiburan.
  • Wanita bersifat sentimental. Cinta dan kasih sayang adalah keseluruhan cita-cita dan sasaran hidup.
  • Wanita cemburu kerana ingin mempertahankan harga diri dan mempertahankan kepentingan peribadi.
  • Wanita suka membaca cerpen dan novel yang berkaitan dengan cinta.
  • Wanita sering memikirkan tentang kecantikan diri dan kehodohannya, suka bercermin, menaruh angan-angan bakal suaminya dan suka mengawal lelaki.
i admit,aku ade dalam list down nie..hehehe. just wanna share share and share~


No comments:

Post a Comment