Sunday, November 6, 2011

:: salam aidiladha ::

Salam aidiladha kepada semua rakan2..

Tuesday, October 25, 2011

:: i pray ::

assalamualaikum..

actually aku mencari sesiapa yang boleh mengajar aku mengaji semula.. since dulu tak dapat habeskan baca al-quran sebab makcik mengaji dah pindah ( i think i miss her so much) ..

rugi kalau tak pandai baca al-quran :( rase rendah diri sangat sebab terasa diri nie sorang yg tak tahu baca.. ya Allah,semoga aku dapat berjumpa someone yg dpt mengajar..

pernah gak pergi ke masjid tengok para makcik2 beramai2 baca al-quran and dah jumpa 1 tempat but masa betul2 tak mengizinkan memandangkan waktu bekerja sekarang terlalu fix. :( on weekdays kerja pukul 10 pagi sampai 8 malam then on saturday pukul 10pagi sampai 6 petang..tempat yang dah jumpa tue dekat masjid around melati.. setiap selepas solat Asar if not my mistaken sampai petang pukul 6. insyaAllah maybe someday Allah akan memudahkan apa yang aku hajatkan..aku akan sedaya upaya mencari masa..

:)


Monday, October 24, 2011

:: selamat hari jadi ::

assalamualaikum.

hari nie 24 Oct 2011,alhamdulillah..selamat hari jadi anep.. tiada kata yang mampu aku ucap selain ku doakan dirimu panjang umur dan dimurahkan rezeki.. semoga tidak lekang dari mendekatkan diri bersama Allah..

tiada sambutan actually memandangkan ada apa dengan sambutan..cukup sekadar aku mendoakan yang baik -baik untuk beliau..lagipun anep takde since beliau mengikut jemaah di surau rumahnya melawat ke masjid Anas bin Malik,kg selayang lama. rasa happy sangat bcoz this is the 1st time he joined all the jemaah.. at least dea boleh menambahkan ilmu agama bersama jemaah2 dan kuliah2 serta tazkirah2 di sana..masuk hari ini dah 3 hari di sana.. i cant wait to meet him and share some story time dea di sana..

baru je tadi dea call and bagitau yang dea sangat busy dengan aktiviti kat sana..he sound sooooo happy!! ya Allah..kalau dea dapat duduk lebih lama dekat sana,Alhamdulillah.. insyaAllah maybe lepas nie dea akan pergi ke masjid wangsa maju,which is dekat sikit dengan rumah dea...

apapun aku doakan semoga Allah memberkati dan memberkati dirinya..Amin..


Sunday, October 23, 2011

:: petikan hadis 1 ::

Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata :
Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?
Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.
Sipemuda : Benar katamu.
( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )
Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ?
Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?
Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?.
Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?
Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi.
( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) :
Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?
Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.
Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.


:: surah Ar-Rahman ::


Anep pernah berpesan pada aku, cubalah baca surah Ar-Rahman,dan beliau mmg buka ayat itu waktu dekat dalam kereta bagi aku dengar.tapi aku still tak baca lagi tafsir surah tersebut.. sampai lah pade hari jumaat lepas aku pinjam tafsir zai..memandangkan aku masih belum memiliki tafsir sendiri jadi aku pinjam untuk sehari nak baca dekat rumah and aku bagitahu anep..so dea cepat-cepat suruh aku baca surah Ar-Rahman tersebut..sampai saje dekat rumah lepas mandi and bersihkan diri,akuj pun selak tafsir tersebut and baca.. dalam waktu aku baca tafsir (memandangkan aku masih tak fasih membaca Al-Quran) aku terus menitiskan airmata..Ya Allah Ya Tuhanku,tiba-tiba dalam otak aku berfikir,Allah berikan macam2 kepada manusia.tetapi mengapa manusia mudah lupa dan tidak menghargai Allah yang satu?terimbas kembali zaman-zaman silamku yang telah melupakan Allah..Ya Allah....aku tak berhenti menangis..walau apapun terima kasih ya Allah kerana memberi peluang kepadaku untuk merangkak semula untuk berubah dan berhijrah.sesungguhnya aku tak nak sia-siakan apa yang Allah berikan pada aku.. Aku amat menyintaiMu Ya Allah...terimalah diriku yag kerdil ini menjadi sebahagian kekasihMu..

aku tahu,ramai dan segelintir dari rakan-rakan yang dah lupa kepadaNya..aku mampu berdoa semoga mereka juga diberi oleh Allah peluang untuk berubah..and aku juga paham ade segelintir yang "tahu" apa larangan allah,apa yang disuruh Allah,tapi buat-buat lupa..Ya Allah,janganlah jadi seperti aku yang telah terlewat..tetapi aku tahu Allah masih memberi aku peluang..marilah rakan-rakan yang aku sayang,marilah kita mendekatkan diri pada Allah.. dekatilah suruhanNya,jauhilah laranganNya..

سُوۡرَةُ الرَّحمٰن
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ
اَلرَّحۡمٰنُۙ‏ ﴿۱﴾ عَلَّمَ الۡقُرۡاٰنَؕ‏ ﴿۲﴾ خَلَقَ الۡاِنۡسَانَۙ‏ ﴿۳﴾ عَلَّمَهُ الۡبَيَانَ‏ ﴿۴﴾ اَلشَّمۡسُ وَالۡقَمَرُ بِحُسۡبَانٍ‏ ﴿۵﴾ وَّالنَّجۡمُ وَالشَّجَرُ يَسۡجُدٰنِ‏ ﴿۶﴾ وَالسَّمَآءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ الۡمِيۡزَانَۙ‏ ﴿۷﴾ اَلَّا تَطۡغَوۡا فِى الۡمِيۡزَانِ‏ ﴿۸﴾ وَاَقِيۡمُوا الۡوَزۡنَ بِالۡقِسۡطِ وَلَا تُخۡسِرُوا الۡمِيۡزَانَ‏ ﴿۹﴾ وَالۡاَرۡضَ وَضَعَهَا لِلۡاَنَامِۙ‏ ﴿۱۰﴾ فِيۡهَا فَاكِهَةٌ  ۙ وَّالنَّخۡلُ ذَاتُ الۡاَكۡمَامِ‌ ۖ‏ ﴿۱۱﴾ وَالۡحَبُّ ذُو الۡعَصۡفِ وَالرَّيۡحَانُ‌ۚ‏ ﴿۱۲﴾ فَبِاَىِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ‏ ﴿۱۳﴾ خَلَقَ الۡاِنۡسَانَ مِنۡ صَلۡصَالٍ كَالۡفَخَّارِۙ‏ ﴿۱۴﴾ وَخَلَقَ الۡجَآنَّ مِنۡ مَّارِجٍ مِّنۡ نَّارٍ‌ۚ‏ ﴿۱۵﴾ فَبِاَىِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ‏ ﴿۱۶﴾ رَبُّ الۡمَشۡرِقَيۡنِ وَ رَبُّ الۡمَغۡرِبَيۡنِ‌ۚ‏ ﴿۱۷﴾ فَبِاَىِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ‏ ﴿۱۸﴾ مَرَجَ الۡبَحۡرَيۡنِ يَلۡتَقِيٰنِۙ‏ ﴿۱۹﴾ بَيۡنَهُمَا بَرۡزَخٌ لَّا يَبۡغِيٰنِ‌ۚ‏ ﴿۲۰﴾ فَبِاَىِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ‏ ﴿۲۱﴾ يَخۡرُجُ مِنۡهُمَا اللُّـؤۡلُـؤُ وَالۡمَرۡجَانُ‌ۚ‏ ﴿۲۲﴾ فَبِاَىِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ‏ ﴿۲۳﴾ وَلَهُ الۡجَوَارِ الۡمُنۡشَئٰتُ فِى الۡبَحۡرِ كَالۡاَعۡلَامِ‌ۚ‏ ﴿۲۴﴾ فَبِاَىِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ‏ ﴿۲۵﴾ كُلُّ مَنۡ عَلَيۡهَا فَانٍ‌ ۚ‌ ۖ‏ ﴿۲۶﴾ وَّيَبۡقٰى وَجۡهُ رَبِّكَ ذُو الۡجَلٰلِ وَالۡاِكۡرَامِ‌ۚ‏ ﴿۲۷﴾ فَبِاَىِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ‏ ﴿۲۸﴾ يَسۡـَٔـلُهٗ مَنۡ فِى السَّمٰوٰتِ وَالۡاَرۡضِ‌ؕ كُلَّ يَوۡمٍ هُوَ فِىۡ شَاۡنٍ‌ۚ‏ ﴿۲۹﴾ فَبِاَىِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ‏ ﴿۳۰﴾ سَنَفۡرُغُ لَـكُمۡ اَيُّهَ الثَّقَلٰنِ‌ۚ‏ ﴿۳۱﴾ فَبِاَىِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ‏ ﴿۳۲﴾ يٰمَعۡشَرَ الۡجِنِّ وَالۡاِنۡسِ اِنِ اسۡتَطَعۡتُمۡ اَنۡ تَنۡفُذُوۡا مِنۡ اَقۡطَارِ السَّمٰوٰتِ وَالۡاَرۡضِ فَانْفُذُوۡا‌ؕ لَا تَنۡفُذُوۡنَ اِلَّا بِسُلۡطٰنٍ‌ۚ‏ ﴿۳۳﴾ فَبِاَىِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ‏ ﴿۳۴﴾ يُرۡسَلُ عَلَيۡكُمَا شُوَاظٌ مِّنۡ نَّارٍ ۙ وَّنُحَاسٌ فَلَا تَنۡتَصِرٰنِ‌ۚ‏ ﴿۳۵﴾ فَبِاَىِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ‏ ﴿۳۶﴾ فَاِذَا انْشَقَّتِ السَّمَآءُ فَكَانَتۡ وَرۡدَةً كَالدِّهَانِ‌ۚ‏ ﴿۳۷﴾ فَبِاَىِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ‏ ﴿۳۸﴾ فَيَوۡمَٮِٕذٍ لَّا يُسۡـَٔـلُ عَنۡ ذَنۡۢبِهٖۤ اِنۡسٌ وَّلَا جَآنٌّ‌ۚ‏ ﴿۳۹﴾ فَبِاَىِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ‏ ﴿۴۰﴾ يُعۡرَفُ الۡمُجۡرِمُوۡنَ بِسِيۡمٰهُمۡ فَيُؤۡخَذُ بِالنَّوَاصِىۡ وَ الۡاَقۡدَامِ‌ۚ‏ ﴿۴۱﴾ فَبِاَىِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ‏ ﴿۴۲﴾ هٰذِهٖ جَهَنَّمُ الَّتِىۡ يُكَذِّبُ بِهَا الۡمُجۡرِمُوۡنَ‌ۘ‏ ﴿۴۳﴾ يَطُوۡفُوۡنَ بَيۡنَهَا وَبَيۡنَ حَمِيۡمٍ اٰنٍ‌ۚ‏ ﴿۴۴﴾ فَبِاَىِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ‏ ﴿۴۵﴾ وَلِمَنۡ خَافَ مَقَامَ رَبِّهٖ جَنَّتٰنِ‌ۚ‏ ﴿۴۶﴾ فَبِاَىِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِۙ‏ ﴿۴۷﴾ ذَوَاتَاۤ اَفۡنَانٍ‌ۚ‏ ﴿۴۸﴾ فَبِاَىِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ‏ ﴿۴۹﴾ فِيۡهِمَا عَيۡنٰنِ تَجۡرِيٰنِ‌ۚ‏ ﴿۵۰﴾ فَبِاَىِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ‏ ﴿۵۱﴾ فِيۡهِمَا مِنۡ كُلِّ فَاكِهَةٍ زَوۡجٰنِ‌ۚ‏ ﴿۵۲﴾ فَبِاَىِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ‏ ﴿۵۳﴾ مُتَّكِـــِٕيۡنَ عَلٰى فُرُشٍۢ بَطَآٮِٕنُهَا مِنۡ اِسۡتَبۡرَقٍ‌ؕ وَجَنَی الۡجَـنَّتَيۡنِ دَانٍ‌ۚ‏ ﴿۵۴﴾ فَبِاَىِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ‏ ﴿۵۵﴾ فِيۡهِنَّ قٰصِرٰتُ الطَّرۡفِۙ لَمۡ يَطۡمِثۡهُنَّ اِنۡسٌ قَبۡلَهُمۡ وَلَا جَآنٌّ‌ۚ‏ ﴿۵۶﴾ فَبِاَىِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ ۚ‏ ﴿۵۷﴾ كَاَنَّهُنَّ الۡيَاقُوۡتُ وَالۡمَرۡجَانُ‌ۚ‏ ﴿۵۸﴾ فَبِاَىِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ‏ ﴿۵۹﴾ هَلۡ جَزَآءُ الْاِحۡسَانِ اِلَّا الۡاِحۡسَانُ‌ۚ‏ ﴿۶۰﴾ فَبِاَىِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ‏ ﴿۶۱﴾ وَمِنۡ دُوۡنِهِمَا جَنَّتٰنِ‌ۚ‏ ﴿۶۲﴾ فَبِاَىِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِۙ‏ ﴿۶۳﴾ مُدۡهَآمَّتٰنِ‌ۚ‏ ﴿۶۴﴾ فَبِاَىِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ‌ۚ‏ ﴿۶۵﴾ فِيۡهِمَا عَيۡنٰنِ نَضَّاخَتٰنِ‌ۚ‏ ﴿۶۶﴾ فَبِاَىِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ‏ ﴿۶۷﴾ فِيۡهِمَا فَاكِهَةٌ وَّنَخۡلٌ وَّرُمَّانٌ‌ۚ‏ ﴿۶۸﴾ فَبِاَىِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ‌ۚ‏ ﴿۶۹﴾ فِيۡهِنَّ خَيۡرٰتٌ حِسَانٌ‌ۚ‏ ﴿۷۰﴾ فَبِاَىِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ‌ۚ‏ ﴿۷۱﴾ حُوۡرٌ مَّقۡصُوۡرٰتٌ فِى الۡخِيَامِ‌ۚ‏ ﴿۷۲﴾ ‌فَبِاَىِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ‌ۚ‏ ﴿۷۳﴾ لَمۡ يَطۡمِثۡهُنَّ اِنۡسٌ قَبۡلَهُمۡ وَلَا جَآنٌّ‌ۚ‏ ﴿۷۴﴾ فَبِاَىِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ‌ۚ‏ ﴿۷۵﴾ مُتَّكِــِٕيۡنَ عَلٰى رَفۡرَفٍ خُضۡرٍ وَّعَبۡقَرِىٍّ حِسَانٍ‌ۚ‏ ﴿۷۶﴾ فَبِاَىِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ‏ ﴿۷۷﴾ تَبٰـرَكَ اسۡمُ رَبِّكَ ذِى الۡجَـلٰلِ وَالۡاِكۡرَامِ‏ ﴿۷۸﴾

Surah Ar-Rahman
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. (1) Dialah yang telah mengajarkan Al-Quran. (2) Dialah yang telah menciptakan manusia. (3) Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. (4) Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu. (5) Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya. (6) Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Dia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan. (7) Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan. (8) Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang. (9) Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain. (10) Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang. (11) Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum. (12) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? (13) Dia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar. (14) Dan Dia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang. (15)Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (16) (Dialah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat. (17) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (18) Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. (19) Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya. (20) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (21) Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan. (22) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (23) Dan Dialah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang. (24) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (25) Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa. (26) Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. (27) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (28) Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Dia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)! (29) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (30) Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin! (31) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (32) Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)! (33) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (34) Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu). (35) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (36) Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak. (37) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan? (38) Pada masa itu tiada sesiapapun, samada manusia atau jin yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya). (39) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (40) Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke Neraka). (41) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (42) (Lalu dikatakan kepada mereka): Inilah Neraka Jahanam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya. (43) Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api Neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya! (44) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (45) Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga. (46) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (47) (Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan. (48) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (49) Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua mata air yang mengalir. (50)Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan. (51) Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa). (52)Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (53) Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya dari sutera tebal yang bersulam dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik. (54) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55) Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin. (56) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (57) Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan. (58) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (59) Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga? (60) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (61) Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua). (62) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (63) Kedua-duanya menghijau subur tanamannya. (64) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (65) Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua mata air yang terus menerus memancutkan airnya. (66) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (67)Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima. (68) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (69) Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya. (70) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (71) Dia itu bidadari-bidadari yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing. (72) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (73) (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin. (74) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (75) Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah. (76) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (77) Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. / (78)




Friday, October 21, 2011

:: senyum ::

Ya Allah Ya Tuhanku,bukan mudah nak cari kerja lain Ya Allah..tapi aku tak boleh nak mengeluh dengan dugaan ini.. Aku akan cuba sedaya upaya..semoga sentiasa diberi kekuatan semangat olehMu..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, October 14, 2011

:: thanks Ya Allah ::

I asked ALLAH for strength and ALLAH gave me difficulties to make me strong.
I asked ALLAH for wisdom and ALLAH gave me problems to solve.
I asked ALLAH for courage and ALLAH gave me obstacles to overcome.
I asked ALLAH for love and ALLAH gave me troubled people to help.
I asked ALLAH for favours and ALLAH gave me opportunities.

I received nothing I wanted, but I received everything I needed.
♥ ALHAMDULILAH ♥

all praises and thanks are due to
ALLAH..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, October 13, 2011

:: ngeee ::


thanks to hanief for gave this cute things to me :)

* from Hatyai with Love *


:: bersatu ::




ya Allah,hanya kepadaMu ku panjatkan doa..tidak sia2 doaku selama ini kepadaMu semoga kami dapat bersama semula..ya allah,satukanlah kami sehingga ke akhir hayat.. aku amat menyayangi mereka keranaMu Ya Allah.


:: akhirnya.. ::





bukan senang nak atur perjumpaan kami.. Alhamdulillah,Allah pertemukan kami semua semula setelah lama tak berjumpa..semoga ikatan ukhwah kita berkekalan hingga ke akhir hayat. insyaAllah


:: di hari khitbah wan noor asnie ::



syukur alhamdulillah,selesai sudah hari pertunangan asnie a.k.a ketot.. insyaAllah aku doakan semoga ikatan ini dikekalkan hingga ke jinjang pelamin..

p/s : maaf sebab hari tue aku dalam keadaan tak berapa sehat.. :)




:: mari kita elakkan ::

Wednesday, October 12, 2011

:: maaf,saya tak berminat ::

assalamualaikum...

alhamdulillah..dpt luangkan mase nak bertot tet kat blog..hehehe..yeap..its kinda tired since im working under maxis campaign...i hv to go back at 8 pm on weekdays..Ya Allah... tapi demi mencari rezeki yang halal, i have to move on.. oh yea,at the same time,aku mencari kerja2 laen mungkin ade rezeki di tempat laen and hari tue ade juga pergi interview but mungkin tak layak..its okay..alhamdulillah at least aku diberi peluang untuk di interview :)

btw.... tadi waktu dekat floor,one of my agent friend name Mikhail borak pasal treatment rambut..but aku jawab,aku dah berhijab,jadi tak perlu nak buat treatment rambut lagi2 tempat yg dea suggest tue tempat lelaki.. then dea jawab " tak semestinya dah bertutup ko tak boleh buat treatment or potong rambut ke apa.." yeap..betul kata dea..akuj tak salahkan apa yg dea jawab tue,adelah betul but... kite sebagai manusia biasa,yg mmg tak lari dari sebarang dugaan dan godaan,bila kita dah menchantekkan salah satu aurat kita contoh if kita menchantekkan rambut kita bagi lembut,beralun dan sebagainya,bagi aku,aku takut jika terkena hasutan syaitan.lagi pulak aku baru berhijrah dan baru berhijab..nanti bila kita tengok dah chantek,mulalah keluar 1 ayat "kalau tak pakai tudung nie mesti ramai puji chantek." atau "rugilah dah buat chantek2 tp pakai tudung." jadi,sebelum iman aku bergoyang atau sebagainya,aku tak kesah walau macamana rupa pun rambut aku..kerana yg hanya melihat rambutku kini hanyalah ahli keluarga sesaudaraku dan juga bakal suamiku... kecantikkan bukan hanya dengan membuat treatment rambut atau mewarnakan rambut dan sebagainya..tetapi kecantikkan adalah dari hati kita dan macamana kita menjaga diri kita sebagai wanita..

mungkin aku yg dahulu sewaktu tidak berhijab,tak berfikir ke arah ini dan juga mungkin if aku cakap yg aku berhijab dan tak perlu buat treatment or mencantikkan rambut di anggap KOLOT.. alhamdulillah,aku terima apa sahaja kritikkan sebab aku tak takutkan mereka dan ejekkan serta kata-mereka,selain aku amat takut akan tuhanku,Allah SWT.. yea,memang boleh..sapa kata kita tak boleh nak cantik-cantikkan rambut even dah berhijab,tapi itu semua tak penting(bagi aku) biarlah hodoh mana pon kita,asalkan kita lakukan apa yg di suruh oleh Allah dan elakkan laranganNya..

tapi,aku tak salahkan beliau...lagipun beliau lelaki,mungkin dea masih tak faham akan batas2 seorang perempuan even aku sendiri masih belajar tentang aurat-aurat serta batas-batas seorang perempuan... terima kasih kerana memperkenalkan aku saloon rambut..insyaAllah mungkin boleh suggest pada orang laen yg memerlukan.. :)

tapi,aku ada satu kemusykilan di sini.. aku tak bermaksud nak aibkan beliau..tetapi aku merasa bersalah kerana tidak menegur (dgn cara elok dan diterima) beliau,kerana beliau seorang lelaki islam yang mewarnakan rambutnya..maafkan aku ya Allah kerana aku tak mampu menegur tetapi aku berdoa agar beliau mendapat hidayah dariMu ya Allah :)


Thursday, September 22, 2011

:: buatmu... ::

sementara tengah online usha-usha website sambil dengar radio online dari web "iluvislam.com" then keluar lagu dari kumpulan InTeam- Kasih Kekasih.. shahdu betul lagu nie... ku tujukan lagu ini khas untukmu.. :)

Tak Perlu Aku Ragui
Sucinya Cinta Yang Kau Beri
Kita Saling Kasih Mengasihi
Dengan Setulus Hati

Ayah Ibu Merestui
Menyarung Cincin Di Jari
Dengan Rahmat Dari Ilahi
Cinta Kita Pun Bersemi

Sebelum Diijabkabulkan
Syariat Tetap Membataskan
Pelajari Ilmu Rumahtangga
Agar Kita Lebih Bersedia
Menuju Hari Yang Bahgia

Kau Tahu Ku Merinduimu
Ku Tahu Kau Menyintaiku... Oh... Kasih
Bersabarlah Sayang
Saat Indah Kan Menjelma Jua
Kita Akan Disatukan
Dengan Ikatan Pernikahan... Oh... Kasih

Di Sana Kita Bina
Tugu Cinta Mahligai Bahgia
Semoga Cinta Kita
Di Dalam Redha Ilahi
Berdoalah Selalu
Moga Jodoh Berpanjangan


:: alhamdulillah,kak Viji ::

salam,

ya Allah,hari selasa hari tue aku sedeh sangat bila kak viji kata yang dea nak resign dari SRG. i felt so sad bcoz aku dah takde teman pergi balik dalam kereta,teman untuk bergelak..kalau ade kak viji mesti asek bergelak aje.. memang sedeh sgt2 sampai aku menanges time solat.. ya Allah ape kena lah dengan aku nie...

then today alhamdulillah dengar goodnews yg kak viji tak resign but she go to work with floor sebelah..its okay lah as long kak viji still ade walaupon waktu bkerja kami tak sama but we still can go lunch together ngeeee!!! alhamdulillah syukur ya Allah... :)


Saturday, September 17, 2011

:: start nervous ::

assalamualaikum...

okay..okay...seriously..again..no time for blogging..kadang2 bila teringat je bru nak start blogging..even nak blogging using BB pon tak dan..hehehehe(eceh...gaye mcm ramai je yg follow)

btw,insyaAllah,dengan izin Allah SWT aku mungkin akan di tunangkan.InsyaAllah pada oktober ini atau November. aku sendiri macam tak percaya but i have to believe it.. Doakanlah aku wahai rakan2 semoga segalanya berjalan dengan lancar. ku pohon keberkatan olehMu ya Allah semoga di permudahkan segala urusan..Amin

buat masa nie banyak benda utk aku survey baik dari segi jenis hantaran,barang2 yg nak bagi..aku nak buat sesimple yg boleh.. buat mana yg mampu.. bila survey kat google nie jenis hantaran,MasyaAllah chantek2..suke btol aku tengok... :) mak tiru care buat tangan mcm keras je..hehehe..but i will try my best to create the good bekas hantaran for him..

tamau story banyak tentang ini..apapon doakan yg terbaek untuk saya dan hanief.. semoga hubungan kami mendapat barakah serta di redhai olehNya.. amin..


"Apabila datang kepadamu seorang lelaki, datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya. Maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi" ,(Hadith Riwayat Termidzi dan Ahmad) .