Wednesday, July 27, 2011

:: the One and Only ::

I <3 Allah!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, July 25, 2011

:: muhasabah diri ::

Termenung aku mengimbau masa lalu,
Mengamati rentetan kehidupan,
Mencari secangkir sinar keluhuran,
Buat bekalan di akhir penantian masa.

Menapak aku di bumi-Mu ini dengan penuh leka,
Lalai aku dalam menunaikan tanggungjawab,
Aku cuba bertahan di pasak kesabaran,
Tetapi rapuh dihempas taufan kehancuran.

Setiap detik yang mendatang menyentap benakku,
Mampukah aku meneruskan perjalanan,
Meredah belukar kebal duniawi,
Agar aku bertahan sehingga ke laluan kemanisan ukhrawi.

Ya Allah yang Maha Mendengar,
Berikanlah aku cahaya petunjuk-Mu,
Pandulah aku yang masih buta di dalam cahaya,
Masih teraba-raba di laluan yang rata.

Ampunkanlah segala dosaku Ya Rabbi,
Hanya Engkaulah yang Maha Pengampun,
Kurniakan aku kemanisan Cinta-Mu,
Agar aku diizinkan mencium haruman syurga-Mu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, July 19, 2011

:: if only ::


semoga aku dapat beristiqamah seperti kekasih Allah yang lain. InsyaAllah :)

p/s : maybe..soon.. i need to "adjust" myself to be much better, InsyaAllah


Saturday, July 16, 2011

:: untukMu ::

Ya Allah,setiap kali aku mengetahui lebih banyak tentang cinta kepadaMu,hati aku betul2 sebak.. Betapa banyaknya dosa-dosaku padaMu tak tertampung Ya Allah. Berat juga air mata ini menitis mengenangkan dosa-dosa semalam. Ya Allah, berikan aku peluang untuk menebus dan berikanlah aku peluang utk menjadi sebahagian daripada kekasihMu ya Allah.

Alhamdulillah,hidup aku lebih bermakna sekarang. Aku tahu, org akan kata hidup aku terlalu bosan,hari2 aku dihabiskan dengan kerja,membaca,dirumah pon membaca,menghadapMu dan tidur..entahlah..aku minta maaf kadang2 aku kurang nak berborak,kurang nak keluar untuk bersuka ria,bagi aku bila ada masa yang penting sahaja aku akan luangkan waktu itu. Cukuplah dengan kehidupan aku yg lalu.. Aku ingin lebih beserdahana dan mendekatkan diriku denganMu.. Banyak benda yang aku dah bazirkan dulu dan aku tanak ulangi lagi.

Nak berjumpa dgn kekasih hati pun aku memang mengharapkan untuk kurang berjumpa. Sekurang-kurangnya aku dpt mengelakkan apa-apa yg dilarang olehMu.

Aku bersyukur,doa-doaku sedikit sebanyak termakbul. Sesungguhnya aku ingin menjadi kekasihMu seperti umatMu yg laen.. Berilah aku peluang ya Allah Ya Rabbi..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, July 13, 2011

:: stanza cinta ::

Novel yg banyak berunsurkan cinta kepada Allah SWT. Baru separuh bace dah membuat aku jatuh airmata.. Cinta kepada Allah tidak setanding dengan cinta yang ada di dunia..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, July 7, 2011

:: aku sangat cantik ::

Kepada anda semua yang bergelar wanita muslimah,

Jujur dari hati kalian, apakah sebenarnya nilai dan erti sehelai tudung yang berada di kepala anda sekarang ini? Adakah sekadar mengikut trend atau anda benar-benar ikhlas untuk melaksanakan hukum Allah?

Dunia ni pelik, ramai yang bertudung namun cara berpakaian masih tidak mengikut hukum syara'. Ada yang bertudung litup tetapi memakai kain terbelah. Jika di universiti dahulu saya dan rakan-rakan memanggil pakaian sedemikian sebagai pakaian halal haram. Kenapa? Ini kerana kami melihat setiap kali si pemakai melangkah pasti akan terlihat sebentuk kaki hingga ke paras peha dan sekiranya si pemakai berdiri tegak, kaki yang tadinya kelihatan sudah tidak kelihatan kerana tertutup disebalik kain belah.

Tidak kurang juga, ada yang memakai tudung tetapi memakai baju lengan pendek, baju ketat, baju jarang, kain pendek dan macam-macam lagi trend yang sungguh 'unik'. Unikkah? Atau...

Yang lebih menghairankan lagi, wujud pula program-program ala ratu cantik untuk wanita bertudung. Objektifnya mungkin bagus kerana hendak membuktikan bahawa wanita bertudung (muslimah) juga setanding dengan wanita-wanita lain dari segi personaliti akan tetapi adakah program-program tersebut dibenarkan dalam Islam?

Jika diteliti, program-program tersebut tidak banyak bezanya dengan program ratu cantik yang lain, cuma tidak ada slot bikini. Isi utama penganjurannya masih lagi berkisar tentang fesyen dan lifestyle peserta-peserta.

Fesyen yang ditonjolkan pula kebanyakannya tidak menepati konsep menutup aurat yang sebenar. Pemakaian tudung yang singkat, baju yang jarang dan mengikut potongan badan dipertontonkan kepada umum sedangkan kecantikan seseorang wanita wajib dipelihara bukan di pertontonkan kepada mata-mata ajnabi. 

Islam turut mengajar kita untuk bersederhana. Tidakkah pertandingan-pertandingan sebegini hanya akan mengundang riak di hati para peserta?. Riak kerana mungkin ada antara peserta yang merasakan diri mereka terlalu cantik, popular, dikenali ramai dan ayu berbanding wanita-wanita lain yang tidak menyertai pertandingan sebegitu. Walhal mereka tidak sedar bahawa diri mereka sedang diobjekkan oleh manusia-manusia yang tamakkan keuntungan. Jadi, betulkah mereka ini benar-benar cantik?     

Bertudung itu bererti kita sudah memilih untuk mengikut tuntutan Allah S.W.T iaitu menutup aurat. Apa realistiknya Islam menyuruh wanita menutup aurat? Sudah tentulah kerana Islam menjaga martabat wanita agar sentiasa dipandang tinggi dan mulia. Jika anda diberikan pilihan, memilih antara dua makanan yang sama namun salah satu daripadanya terdedah tanpa penutup dan satu lagi elok bertutup yang mana satu agaknya yang akan anda pilih? Saya pasti anda akan memilih yang berpenutup bukan? Begitu lah juga dengan wanita. Antara yang terdedah auratnya dan yang tertutup auratnya sudah pasti lelaki yang soleh akan bijak menilai permata disebalik kaca-kaca. 

Disebabkan inilah, Islam tidak membenarkan wanita diobjekkan. Islam mahu wanita berada setaraf dengan lelaki dari segi kualiti kehidupan tanpa perlu berpakaian seksi, namun tidak perlu pula menyerupai lelaki. Tidak salah untuk berpakaian cantik, dan berpesonaliti menarik, kerana itulah fitrah seorang wanita tetapi jangan jadikan keinginan mengatasi batasan syariat yang ditetapkan. 

Kenapa saya katakan wanita sekarang diobjekkan? Baiklah, sekarang ini kita dapat lihat kehebatan seseorang lelaki itu dinilai bukan pada rupanya dan akhlaknya semata-mata, tetapi pada kejayaannya, pangkatnya dan hartanya. Namun, berbeza pula dengan wanita. Kehebatan wanita kerap kali dinilai melalui kecantikannya, rupa parasnya dan penampilannya. Realitinya kalau seseorang wanita itu tidak cantik, gemuk, tidak cerah dan sebagainya, wanita tersebut akan lebih tersisih dan tidak menjadi pilihan majoriti lelaki di luar sana.

Tidak percaya pada statement ini? cuba fikir kenapa ada perempuan yg sangat cantik sanggup berkahwin dengan lelaki sangat tua dan tidak ada rupa pula tu tetapi kaya raya? Dan, kenapa pula lelaki yang sudah punya isteri yang cukup baik, cantik, taat, tapi masih hendak berkahwin lain kerana perempuan tersebut lagi cantik dan muda? Fikir..fikir..

Secara analogi, jika suatu objek itu tidak cantik, dan tidak pula menguntungkan, adakah kita mahu memilikinya? Inilah yang saya maksudkan bahawa rata-rata wanita kini telah diobjekkan kerana jika wanita itu tidak cantik, maka dia akan dianggap tidak ada nilai dimata masyarakat secara puratanya, walaupun dalam diri wanita itu masih banyak nilai-nilai murni yg lain. Disinilah terlihatnya keadilan Islam kerana Islam tidak memandang wanita pada aspek kecantikannya sahaja, tetapi Islam melihat wanita berdasarkan akhlaknya, imannya dan budi pekertinya?

Saudari-saudari sekalian, jika anda fikir anda cantik sesungguhnya masih ramai lagi wanita diluar sana yang lebih cantik daripada anda ditempat lain seperti timur tengah dan sebagainya. Ada antara mereka yang memiliki mata pelbagai warna, hidung yang lebih mancung, kulit yang lebih putih mulus, malah jika kita sendiri melihat kecantikan mereka pasti kita akan menganggap mereka itu jelmaan bidadari, tetapi mengapa ada antara mereka itu memilih untuk tidak mempertontonkan kecantikannya pada umum malah ada yang turut memakai purdah untuk mengelak fitnah? 

Jika mereka yang secantik itu pun boleh memilih untuk tidak menjadi objek kenikmatan mata-mata lelaki ajnabi, mengapa tidak kita?

Saya tidak memaksa anda untuk sentiasa berjubah, berpurdah dan berniqab. Cukuplah sekiranya anda meletakkan nilai harga diri anda pada sehelai tudung dikepala anda. Maksudnya, anda tidak menutup kepala anda hanya kerana trend atau sekadar syarat semata-mata. 

Dunia ini sementara. Di syurga nanti kita akan menjadi sangat cantik, secantik bidadari. Semua yang didalam syurga itu akan memuji kita buat selama-lamanya. Tetapi sebelum itu, kita harus menjaga maruah dan martabat kita di dunia. Fikirkanlah wahai wanita-wanita, kecantikan rupa parasmu adalah hak suamimu yang bertungkus-lumus menjaga dan mencintaimu sahaja. Bagi lelaki pula, kesetiaanmu adalah milik isteri yang sepanjang masa mentaati dan mencintaimu, bukan untuk wanita-wanita yang tiada sebarang ikatan denganmu. Wallahualam.

-Artikel Iluvislam.com
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, July 6, 2011

:: musibah ALLAH ::

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup di dunia yang sementara ini. Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah SWT kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya, mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah, Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah laut, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih, alihkan pandanganmu ke arah langit, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? Berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah SWT.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah SWT sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَا وَمَسَـٰكِنَ طَيِّبَةً۬ فِى جَنَّـٰتِ عَدۡنٍ۬‌ۚ وَرِضۡوَٲنٌ۬ مِّنَ ٱللَّهِ أَڪۡبَرُ‌ۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam "Syurga Adn" serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.
[Surah At-Taubah 9: Ayat 72]

Saturday, July 2, 2011

:: have a date ::

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone