"haaaa?? tapi kenapa? kenapa perlu dia terlibat sekali?" tanya aku.. " ini semua perintah. jadi semua harus turut dengan perintah." kata beliau.
aku betul-betul terkejut dan dalam masa yang sama hati aku resah,tak senang duduk,otak berligar2 mencari jalan macamana nak selesaikan masalah yang timbul tiba-tiba..kesemua lelaki yang ada di situ dah bersedia untuk pergi termasuk dia,kekasihku. aku terus berlari dapatkan kekasihku.hampir jatuh menghadap bumi aku demi mengejar cinta hati aku.aku betul2 hilang akal,kenapa jadi macamnie..suasana menjadi betul2 kelam kabut dengan perintah yang di keluarkan secara tiba-tiba.
"aku terpaksa pergi sayang.bukan atas kehendak diri sendiri."kata kekasihku yang juga menitis air mata berat untuk meninggalkan aku.
"aku tak sanggup sayang..aku betul2 tak sanggup hidup sorang-sorang dekat sini.tolonglah sayang jangan pergi tinggalkan aku..tolong sayang jangan pergi tolong sayang.." rayu aku sambil menangis dan tangan aku tak lepas mengenggam tangan kekasihku..menitik2 air mata jatuh di pipi aku. aku tak sanggup berdepan dengan masalah nie semua.kenapa perlu jadi dekat diri aku.
"apapun yang terjadi,aku tetap sayangkan sayang.sayang tunggu aku balik kalau aku di beri peluang untuk balik.terus tunggu aku.jangan putus asa.aku tak akan lupakan sayang.aku janji.selamat tinggal sayang!!"pujuk kekasih aku pada aku.
"tolonglah sayang...kesian kat aku sayang..jangan pergi tinggal aku..sayangg..sayaaanngggg..."genggaman aku di lepaskan. dia terpaksa pergi dan tinggalkan aku. aku nampak kekasih aku itu buat kali terakhir sebelum pintu gerbang di tutup. "Ya Allah!!!" aku terduduk sambil menitik-nitik air mata jatuh ke bumi.aku dah tak sanggup dan tak mampu untuk berdiri lagi sebaik sahaja pintu gerbang di tutup dan tidak kelihatan lagi wajah2 kesemua lelaki yang ada di sini.
"ya Allah apa dugaan mu padaku Ya Allah.." aku menjerit. aku terus bangunkan diri aku dan berjumpa dengan orang di pintu gerbang itu." encik,tolonglah encik,jangan bawa dia pergi..tolong encik..saya merayu encik..tolonglah saya encik..."
"saya tak dapat berbuat apa-apa.cik doakan semoga dia akan pulang pada cik suatu masa nanti." terang beliau.
apa lagi yang aku mampu selain menangis sedu sedan.aku dah kehilangan kekuatan diri aku,tempat suka duka aku,tempat kasih sayang aku. seperti aku dah tak di perlukan di dunia ini lagi.. aku terjumpa seorang makcik dan terus berlari mendekatkan diri padanya dan berkata " makcik tolonglah makcik betul ke mereka akan pulang nanti?tolonglah makcik.."makcik melihat aku dengan sedih sekali memandangkan kesungguhan aku menangis...
"sabar ye nak..InsyaAllah mereka akan pulang,dan anak akan dapat berjumpa dengan cinta hati anak itu nanti. " makin kuat hati aku menangis dan aku rebah ke bumi.
dan tiba-tiba aku terdengar lagu " "
PAPPPPP!!!!
aku mengesat air mata..haaa..dan sambil tersedu..haaa..rupanya aku mimpi.. chaaaiiitttt.. tapi mimpi nie shahdu betul sampai aku menangis di alam realiti..hahaha..terus aku SMS anep "sayang,please jangan tinggal aku :,( " hahahaha i know, bila anep bangun mesti dea pelik aku nie kenapa..
then dalam tengahari aku cerita balik tentang mimpi aku dengan dea. then he replied "sayang ne, aku tak pi mana lah sayang. xkan aku nak tinggalkan sayang sorang2?aku xsanggup nak buat mcmtue kat sayang.aku sendiri pn xnak berpisah dengan sayang.aku tak kemana sayang aku ada je dengan sayang.tapi now aku nak p makan hehehe"
berlawak pulak anep nie..walau apapon, naseb baek takda sesiapa baek kakak aku,mak aku menyaksikan aku menangis time mimpi..ahehehe..malu lah aku nanti..shuuuuuuu....
p/s : susah nak terima hakikat kehilangan orang yang kita terlalu sayang seperti family,someone that we love,things,..etc... menangis selagi boleh kalau itu pengubat kesedihan.